Saturday, January 29, 2011

:this school with old image:

:FIRST PART:

My first posting
date: 4th January 2010
:Sejarah:

Bangunan sekolah yg pertama di kampung ini telah didirikan pada tahun 1927. Letaknya di perantaraan Kampung Permatang Setongkol dengan Kampung Cherok Paloh, kira- kira 0.8 km dari pantai Laut Cina Selatan. Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Penor. Bangunan yang dibina dari batang nibung, kayu bulat dan atap nipah ini pada mulanya adalah untuk menempatkan bahan makanan semasa banjir besar pada tahun 1926. Beberapa bulan selepas banjir itu, Tuan Haji Awang Idris bin Lambak, Penghulu Mukim Penor ketika itu telah bermuafakat dengan anak buahnya untuk menjadikan bangunan itu sebagai sekolah.Sekolah itu memulakan operasinya dengan jumlah murid seramai 28 orang. Kerajaan telah melantik Cikgu Mat Hassan bin Ali sebagai tenaga pengajar yang pertama. 

Bangunan pertama ini hanya dapat bertahan selama kira- kira sepuluh tahun sahaja. Ianya rosak dilanda air laut. Untuk menggantikannya, pada tahun 1936 telah didirikan sebuah bangunan baru dari jenis bahan yang sama secara bergotong- royong. Kerajaan telah memberi peruntukan membeli bahan- bahan binaan bagi menjadikan bangunan sekolah ini lebih kukuh. Zaman pemerintahan Jepun (1942- 1945), sekolah ini dikelolakan oleh pihak berkuasa ketika itu dan dikenali sebagai Sekolah Jepun. Penduduk kampung in sekali lagi bergotong- royong membina bangunan sekolah pada tahun 1946.

Pada tahun 1952 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan kayu di atas tapak seluas 7 ekar terletak di Kampung Cherok Paloh. Bangunan ini panjangnya 100 kaki dan lebarnya 20 kaki. Jumlah murid ketika itu seramai 120 orang yang belajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan tenaga pengajarnya hanya 4 orang sahaja. 

Pada Jun 1953, sekolah ini ditukar namanya dari Sekolah Melayu Penor kepada Sekolah Melayu Cherok Paloh iaitu mengikut nama tempat ia dibina. Pada tahun 1960 didirikan sebuah lagi bangunan tambahan untuk menampung murid yang bertambah. Bangunan itu masih digunakan lagi hingga sekarang.


Apabila kerajaan melasanakan Program Pendidikan Prasekolah, didirikan pula sebuah lagi bangunan berupa satu bilik yang dilengkapi dengan tandas dan dapur. Bangunan ini didirikan pada tahun 1991 dan kekal digunakan hingga sekarang. Pada awal tahun 2003 sebuah bangunan makmal komputer telah dibina dan mula beroperasi pada awal 2004. Pada 2010, SKCP menerima satu bangunan baru setinggi 3 tingkat dan tempat letak kereta.

No comments:

Post a Comment