KISAH tunggul pokok mati tumbang di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur, pada 29 November 2010, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang hanya melintas di laluan itu beberapa minit selepas menghantar isterinya ke tempat kerja ternyata membuka mata banyak pihak.
Biarpun bahana itu tidak sebesar kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor yang memusnahkan 14 buah banglo mewah di pinggir bukit pada dua tahun yang lalu, impaknya, bagaimanapun hampir serupa.
Rasa kehilangan dalam sekelip mata tanpa dapat diramal itu membawa kejutan dan kesedihan yang tidak dapat dijelaskan. Malangnya, itu bukan kejadian pertama di pusat bandar.
Presiden Persatuan Arborist Malaysia, Mohd. Zailani Jamil, 47
"Pokok mati ialah satu ciri yang jelas bahawa pokok itu telah gagal atau telah hilang fungsinya. Pokok seperti itu dapat dikategorikan sebagai pokok yang mempunyai risiko tertinggi dan boleh, pada bila-bila masa, rebah atau tumbang tanpa dorongan dari luar."
"Pokok sepatutnya diperhatikan secara individual kerana setiap pokok mempunyai masalah atau keadaan yang berbeza," usulnya.
"Pokok bercantum pada bahagian kulit.seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berada di tapak ini.Percantuman yang melibatkan lekatan yang lemah itu boleh merekah dan seterusnya meningkatkan kemungkinan pokok itu untuk tumbang sebelum ia mati.
"Batang pokok yang condong dari bahagian akar juga menunjukkan akarnya sudah gagal. Pokok seperti ini patut dibuang," cadangnya ketika dibawa ke sebuah taman awam di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jika dilayari laman ISA di www.treesaregood.com, kemahiran membuat pemangkasan terhadap pokok menjadi keutamaan.
"Memangkas atau memotong bahagian-bahagian tertentu pokok merupakan satu lagi aspek penjagaan pokok yang perlu diberi perhatian.
"Tetapi kaedah pemangkasan atas atau topping, contohnya, dilakukan oleh pekerja yang tidak mahir tentang pokok. Cara itu hanya merosakkan struktur asal pokok.
"Selepas bahagian itu dipangkas, ia akan ditumbuhi tunas baru dan lazimnya topping akan mengeluarkan banyak tunas pada satu masa," jelas Zailani.
Pemangkasan, kata Zailani, sepatutnya membantu pokok membuang bahagian yang pokok itu sendiri tidak mahu bagi meningkatkan kesuburannya.
Teknik yang betul dan masa yang tepat juga akan menentukan sama ada pemangkasan itu dibuat untuk kebaikan pokok atau sebaliknya.
"Pemangkasan yang baik akan menutup luka tempat ia dipangkas. Luka yang tidak tertutup atau kecacatan pada struktur kayu boleh menyebabkan jangkitan dan akhirnya membentuk rongga atau kaviti dalam pokok.
"Dalam keadaan itu satu-satu pokok itu akan hilang kekuatan struktur atau material strength," ujarnya panjang lebar.
Sebatang pokok yang sihat, kata Zailani, memiliki daun hijau berkilat yang rimbun.
Pada sepanjang batangnya tidak ada bahagian yang mati. Malah, ia juga tumbuh dengan seragam dan seimbang termasuk dari segi percabangan dahan dan rantingnya.
"Pokok itu juga mesti mempunyai integriti pokok yang baik iaitu memiliki akar, batang, dan dahan yang kukuh selain tiada kecacatan struktur yang nyata.
"Mana-mana bahagian pokok yang cedera, rosak atau lemah sudah cukup untuk menjadi petanda bahawa pokok itu mengundang bahaya kepada orang ramai," pesan Zailani.
Ramai yang bimbang dengan kehadiran pokok-pokok tua di sekeliling mereka. Namun, kata Gardner, tua bukanlah satu risiko.
"Pokok tua tidak semestinya membahayakan orang ramai. Ada pokok yang tua tetapi masih sihat kerana terjaga dengan baik. Ada pokok muda yang lemah kerana tercedera.
"Pokok paling besar yang ditanam di Pulau Pinang, iaitu sebatang pokok angsana di Hospital Pulau Pinang direkodkan ditanam sekitar 1802 tetapi masih kukuh berdiri sehingga hari ini," kata Gardner.
Hanya pokok yang sudah mati atau menunjukkan kecenderungan untuk mati, tambah Gardner, sepatutnya dibuang dari awal sebelum ia mendatangkan bencana kepada sekitarnya.
"Antara petanda sebatang pokok itu tidak selamat ialah apabila ada dahannya yang patah dan jatuh ke tanah atau sejenis cecair keluar daripada bahagian bawah pokok," kongsi Gardner.
copyright by kosmo