Saturday, December 11, 2010

Disiplin Ilmu Sains: Sains dan Peta Minda

SAINS: DISIPLIN ILMU TIDAK MUDAH DAN TIDAK SUKAR


Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi sesetengah pelajar. Ini adalah kerana  mereka perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam Sains adalah idaman semua pelajar.  

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja disiplin ilmu termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.  Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.


"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu murid berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan.
Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).


source by: petaminda.com

No comments:

Post a Comment