Thursday, December 9, 2010

ALAHAN MAKANAN

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan 
berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki 
badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. 
Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. 
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit 
selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari 
atau beberapa minggu. 



Alahan Terhadap Makanan  


• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh 
sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan 
keadaan seperti:  
• Intolerans terhadap makanan.  
• Sindrom gangguan usus.  
• Tekanan fizikal.  
• Keracunan makanan.  


Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan 
tersebut untuk mencegah ia dari melarat.  


Gejala  
• Tekak terasa gatal.  
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).  
• Sakit perut.  
• Loya.  
• Muntah.  
• Kekejangan otot perut.  
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.  
• Gatal-gatal/urtikaria.  
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.  
• Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.  
• Sesak nafas/bunyi ronkus.  


Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan 
dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam 
masa yang singkat.Gejala yang teruk 
memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.  



source by nuclearmalaysia

No comments:

Post a Comment