Monday, December 20, 2010

Banjir aka Bah

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.


Banjir membawa banyak kerosakan


Faktor:

  1. Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan.
  2. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. 
  3. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan.

Sunday, December 19, 2010

Bilik Gerakan Banjir Terengganu

*Bilik Gerakan Bencana Negeri.

- 09-6316021
*Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- 09-6224022
*Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya.
- 09-6274277
*Stesen Meteorologi Lapagan Terbang Sultan Mahmud.
- 09-6664743
*Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran.
- 09-6224072
*Pusat Kawalan Kontinjen Ibu Pejabat Polis.
- 09-6270499
Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat.
- 09-6234444
*Batalion 18 RAMD
- 09-6664206
*Bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
- 09-6668246
- 09-6666492
*Bilik Gerakan Jabatan Pengangkutan Jalan.
- 09-6222023
*Bilik Operasi Tenaga Nasional Berhad.
- 09-6818124

Saturday, December 18, 2010

Science Learning in Elementary Classroom

Kids making a ship
The best way to engage kids' brains is by having them move their hands. As students put projects together, create crafts, or use familiar materials in new ways, they're constructing meaning. Or the simple said, hands-on and minds-on learning.

  •  Hands-On: Kids are actually allowed to perform science as they construct meaning and acquire understanding.
  • Minds-On: Activities focus on core concepts, allowing kids to develop thinking processes and encouraging them to question and seek answers that enhance their knowledge and thereby acquire an understanding of the physical universe in which they live.
Kids played with cooking materials to make playdough

Kids played with 'ants' 
to know how they move and 
how long they walked in a given time.
Here are more ways to increase the amount of time your students spend with their hands and minds in motion:

  1. Provide self-check materials
  2. Include assessment
  3. Keep kids moving
  4. Move the materials
  5. Group students by interest
  6. Incorporate language
  7. limits the number of students in each activity to two
source by scholastic.com
Pictures taken by missnediya at skechep 2010

Kalau Berpacaran - Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet lirik

Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque ( with lyrics)

Saturday, December 11, 2010

Help trees' grow around us


KISAH tunggul pokok mati tumbang di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur, pada 29 November 2010, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang hanya melintas di laluan itu beberapa minit selepas menghantar isterinya ke tempat kerja ternyata membuka mata banyak pihak.
Biarpun bahana itu tidak sebesar kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor yang memusnahkan 14 buah banglo mewah di pinggir bukit pada dua tahun yang lalu, impaknya, bagaimanapun hampir serupa.
Rasa kehilangan dalam sekelip mata tanpa dapat diramal itu membawa kejutan dan kesedihan yang tidak dapat dijelaskan. Malangnya, itu bukan kejadian pertama di pusat bandar.
Presiden Persatuan Arborist Malaysia, Mohd. Zailani Jamil, 47
"Pokok mati ialah satu ciri yang jelas bahawa pokok itu telah gagal atau telah hilang fungsinya. Pokok seperti itu dapat dikategorikan sebagai pokok yang mempunyai risiko tertinggi dan boleh, pada bila-bila masa, rebah atau tumbang tanpa dorongan dari luar."
"Pokok sepatutnya diperhatikan secara individual kerana setiap pokok mempunyai masalah atau keadaan yang berbeza," usulnya.
"Pokok bercantum pada bahagian kulit.seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berada di tapak ini.Percantuman yang melibatkan lekatan yang lemah itu boleh merekah dan seterusnya meningkatkan kemungkinan pokok itu untuk tumbang sebelum ia mati.
"Batang pokok yang condong dari bahagian akar juga menunjukkan akarnya sudah gagal. Pokok seperti ini patut dibuang," cadangnya ketika dibawa ke sebuah taman awam di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jika dilayari laman ISA di www.treesaregood.com, kemahiran membuat pemangkasan terhadap pokok menjadi keutamaan.
"Memangkas atau memotong bahagian-bahagian tertentu pokok merupakan satu lagi aspek penjagaan pokok yang perlu diberi perhatian.
"Tetapi kaedah pemangkasan atas atau topping, contohnya, dilakukan oleh pekerja yang tidak mahir tentang pokok. Cara itu hanya merosakkan struktur asal pokok.
"Selepas bahagian itu dipangkas, ia akan ditumbuhi tunas baru dan lazimnya topping akan mengeluarkan banyak tunas pada satu masa," jelas Zailani.
Pemangkasan, kata Zailani, sepatutnya membantu pokok membuang bahagian yang pokok itu sendiri tidak mahu bagi meningkatkan kesuburannya.
Teknik yang betul dan masa yang tepat juga akan menentukan sama ada pemangkasan itu dibuat untuk kebaikan pokok atau sebaliknya.
"Pemangkasan yang baik akan menutup luka tempat ia dipangkas. Luka yang tidak tertutup atau kecacatan pada struktur kayu boleh menyebabkan jangkitan dan akhirnya membentuk rongga atau kaviti dalam pokok.
"Dalam keadaan itu satu-satu pokok itu akan hilang kekuatan struktur atau material strength," ujarnya panjang lebar.
Sebatang pokok yang sihat, kata Zailani, memiliki daun hijau berkilat yang rimbun.
Pada sepanjang batangnya tidak ada bahagian yang mati. Malah, ia juga tumbuh dengan seragam dan seimbang termasuk dari segi percabangan dahan dan rantingnya.
"Pokok itu juga mesti mempunyai integriti pokok yang baik iaitu memiliki akar, batang, dan dahan yang kukuh selain tiada kecacatan struktur yang nyata.
"Mana-mana bahagian pokok yang cedera, rosak atau lemah sudah cukup untuk menjadi petanda bahawa pokok itu mengundang bahaya kepada orang ramai," pesan Zailani.
Ramai yang bimbang dengan kehadiran pokok-pokok tua di sekeliling mereka. Namun, kata Gardner, tua bukanlah satu risiko.
"Pokok tua tidak semestinya membahayakan orang ramai. Ada pokok yang tua tetapi masih sihat kerana terjaga dengan baik. Ada pokok muda yang lemah kerana tercedera.
"Pokok paling besar yang ditanam di Pulau Pinang, iaitu sebatang pokok angsana di Hospital Pulau Pinang direkodkan ditanam sekitar 1802 tetapi masih kukuh berdiri sehingga hari ini," kata Gardner.
Hanya pokok yang sudah mati atau menunjukkan kecenderungan untuk mati, tambah Gardner, sepatutnya dibuang dari awal sebelum ia mendatangkan bencana kepada sekitarnya.
"Antara petanda sebatang pokok itu tidak selamat ialah apabila ada dahannya yang patah dan jatuh ke tanah atau sejenis cecair keluar daripada bahagian bawah pokok," kongsi Gardner.


copyright by kosmo

Disiplin Ilmu Sains: Sains dan Peta Minda

SAINS: DISIPLIN ILMU TIDAK MUDAH DAN TIDAK SUKAR


Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi sesetengah pelajar. Ini adalah kerana  mereka perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam Sains adalah idaman semua pelajar.  

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja disiplin ilmu termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.  Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.


"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu murid berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan.
Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).


source by: petaminda.com

Friday, December 10, 2010



  • Otak manusia menyerupai komputer canggih yang menyimpan apa yang kita alami dan mengendalikan bagaimana kita sebagai manusia berperilaku dan bertindak. Sampai saat ini ilmuwan masih berupaya untuk mengungkap kecanggihan otak manusia.
  • Otak adalah pusat saraf manusia, yang mengendalikan fikiran, gerakan, ingatan dan keputusan manusia.
  • Dari waktu ke waktu, otak manusia juga mengalami perkembangan dan semakin rumit untuk dipelajari. Otak adalah sebahagian dari tubuh kita yang sampai sekarang sukar diungkapkan oleh ilmuwan.
  • Otak mengandung bermilion sel saraf yang mengirim dan menerima informasi dari seluruh tubuh manusia.
  • Otak manusia tiga kali lebih besar dari otak mamalia lain yang memiliki ukuran tubuh yang sama.
  • Masing-masing sisi dari otak berinteraksi sebagian besar dengan sebahagian tubuh, untuk alasan yang sukar kita fahami, interaksi otak selalu dengan sisi tubuh yang berlawanan. Otak sebelah kanan berinteraksi dengan tubuh sebelah kiri begitu sebaliknya.
  • Bahagian terbesar dari otak manusia disebut Cerebrum. Bahagian penting lainnya meliputi Corpus Callosum, Cerebral Cortex, Thalamus, Cerebellum, Hypothalamus, Hippocampus dan lain-lain.
  • Otak manusia dilindungi oleh kepala (Cranium), sebuah “helm” ciptaan Tuhan yang terdiri dari kumpulan 22 tulang.
  • Otak orang dewasa memiliki berat 1.5 kg. Meskipun hanya 2% dari berat tubuh rata-rata, otak mengawal 20% dari energi tubuh.
  • Otak dikelilingi oleh cairan Cerebrospinal, sehingga otak mengapung dan cairan tersebut berfungsi sebagai bantal atas benturan kepala dan juga pelindung terjadinya infeksi.
  • Penyakit pada otak termasuk Alzheimer, Parkinson dan Sclerosis. Penyakit-penyakit ini dapat memhalang fungsi normal otak manusia.
  • Banyaknya benturan pada kepala dapat mengakibatkan terjadinya pembekuan darah pada otak yang menghalang peredaran darah yang menyebabkan kerosakan jaringan otak terdekat dan pelbagai gejala lain dalam skala yang lebih luas.
source from duniasains.com

Did u know???


Tahukah Anda bagaimana kaca jendela di rumah kita dibuat ?
Kaca dibuat dari campuran pasir kuarsa (silikon dioksida), Soda (sodium oksida), dan lime (kalsium oksida) yang dilelehkan menjadi satu. Pasir kuarsa adalah bahan pembentuk jaringan yang membentuk struktur dasar dari kaca; Soda membantu agar pasir kuarsa dapat cepat meleleh dan dibentuk. Soda juga digunakan untuk mengatur kerapuhan kaca tersebut terhadap suhu yang diinginkan. Lime berfungsi mencegah agar kaca yang kaya kandungan soda tersebut dapat larut di dalam air.


source by duniasains.com

Bingkisan Doa untuk Pencinta

Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa
Tetapi ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewa
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta,
Agarku bisa bahagia semula Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala

Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya ku mohon apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau maha mengetahui segala isi hatiku
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Allah,
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Ku pasrah kepadaMu
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Demi untuk mengelakkan terjurusnya aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Yang bisa menemani aku
Supaya aku dan dia sama-sama dapat melayari bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh


Amin.. Ya Rabbal A’lamin.




edited by missnediya2010

Thursday, December 9, 2010

ALAHAN MAKANAN

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan 
berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki 
badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. 
Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. 
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit 
selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari 
atau beberapa minggu. 



Alahan Terhadap Makanan  


• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh 
sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan 
keadaan seperti:  
• Intolerans terhadap makanan.  
• Sindrom gangguan usus.  
• Tekanan fizikal.  
• Keracunan makanan.  


Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan 
tersebut untuk mencegah ia dari melarat.  


Gejala  
• Tekak terasa gatal.  
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).  
• Sakit perut.  
• Loya.  
• Muntah.  
• Kekejangan otot perut.  
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.  
• Gatal-gatal/urtikaria.  
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.  
• Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.  
• Sesak nafas/bunyi ronkus.  


Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan 
dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam 
masa yang singkat.Gejala yang teruk 
memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.  



source by nuclearmalaysia