Tuesday, May 10, 2011

kelenjar air liur

Dalam 2 minggu ni, kelenjar muka sebelah kiri sakit, gusi sebelah kiri membengkak, telinga kadang-kadang berdenyut sakit, nak menelan air liur pun perit....apakah sakitku???risau pula lepas baca entry ini....harap-harap bukanlah....
voice is important to a teacher...


GEJALA BARAH KELENJAR AIR LIUR


  • Benjol atau bengkak di kawasanberdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher.
  • Sebelah muka menjadi kebas
  • Otot yang pada sebelah muka menjadi lemah
  • Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur
  • Sukar menelan
  • Sukar membuka mulut






Barah kalenjar air liur mungkin penyakit yang jarang anda dengar. Di Malaysia berdasarkan laporan daftar barah kebangsaan 2003, daripada 21,464 kes yang direkodkan di semenanjung, kira-kira 1% membabitkan barah kalenjar air liur dengan 0.6% kes adalah pesakit lelaki. Daripada jumlah itu, 50% membabitkan lelaki cina dan 46.6% lelaki Melayu. Di kalangan pesakit wanita, 49% adalah wanita Melayu manakala 34.7% adalah wanita Cina.


Kalenjar air liur menghasilkan air liur yang diperlukan dlm proses pencernaan selain memastikan mulut anda sentiasa lembap. Setiap orang memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang – parotid, sublingual dan submandibular (disebut sebagai kelenjar utama). Selain itu, ada banyak lagi kelenjar air liur kecil dalam bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak. Kelenjar parotid adalah kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15gm. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui satu saluran sepanjang 5cm.



Kes ketumbuhan membabitkan kelenjar air liur utama iaitu parotid ini boleh terbahagi kepada dua, iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang disahkan sebagai barah, biasanya pesakit akan berjumpa doktor mengenai aduan kelenjar di bahagian muka yang semakin membesar dan ada kalanya sakit.’ Ada juga kes yang menyaksikan saraf muka lumpuh. Ia mungkin petunjuk barah sudah masuk ke peringkat yang lebih teruk. Kelumpuhan saraf muka ini dimanifestasikan dengan senyum senget, pipi tidak boleh kembung malah mata yang tidak tertutup ketika tidur. Ada kala, mata menjadi kering kerana pendedahan udara terlalu lama dan menyebabkan selaput mata mengalami kerosakan, dimasuki kuman atau bendasing,” katannya.
Bagaimanapun, kata Dr Irfan, punca barah jenis ini tidak dapat dipastikan. Namun, adalah dipercayai ada sesetengah sel dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan. Faktor risiko barah kelenjar air liur biasanya dikaitkan dengan usia yang lanjut, pendedahan pada sesetengah jenis radiasi misalnya yang digunakan dalam prosedur imbasan selain kawasan persekitaran yang terdedah kepada bahan-bahan seperti nikel aloi atau habuk silika boleh meningkatkan risiko barah jenis ini. Rawatannya bergantung pada jenis, saiz dan tahap barah selain keadaan keseluruhan kesihatan penghidap. Umumnya rawatan barah jenis ini membabitkan pembedahan sama ada dengan atau tanpa terapi radiasi.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment